Monday, 23 October 2017

BAYI ANENCEPHALY (ANAK SYURGAKU)

Assalamualaikum..
Hasil carian imej untuk definisi anencephaly

Setelah sekian lama baru ada sedikit percaya diri. Di sini ingin saya kongsikan. Anakku Muhammad Syafaat mempunyai masalah ini yang menyebabkan dia tak mampu bertahan lama. 2bulan sebelum baru sahaja aku diagnosis Extopic Pregnancy yakni kandungan diluar rahim. hampir dibuang sebahagian telur, risiko aku ambil dengan berulang kali ambil darah setiap selang seminggu hingga kehitaman kedua-dua lenganku. Alhamdulillah aku tak apa2. Janin iu menjadi sebahagian dalam tubuhku. Duka berlalu Gembira mendatang, aku disahkan hamil semula. Tetapi bahagiaku tidak lama. Seusia kandungan 27minggu Malam Tahun Baru yang menginjak ke 2015 aku dan suami ke klinik swasta ingin mengetahui jantina anak kami.




Disini terbongkar segala-galanya. Doktor memberitahu jantina bayi. aku tersenyum melirik ke arah suami yang juga tersenyum. Lama. Agak lama doktor tak bersuara, masih scan berjalan di perut aku merasakan ada yang tak kena. Doktor serba salah. Berulang kali mengatakan "mungkin pedapat saya salah" kebingungan kami. Setelah disoal beberapa kali, doktor memberi surat ke hospital kerajaan. "Saya tak nampak kepala bayi kamu" Pam!! satu tamparan hebat mengena hati aku. Tergamam.

Hospital. Hasil Scan selama 3 hari berturut mengiyakan segala-galanya. doktor2 pakar membuat kesimpulan bayi aku menghidap anencephaly. Allah! Allah! Allah! menangis semahu2nya. ku peluk tubuh ibu. menangis membisu. doktor menjelaskan harapan sangat-sangat tipis untuk anakku hidup seperti anak-anak yang lain kerana di dalam kandungan bayiku masih boleh bergantung hidup pada aku.. Tapi sejurus lahir dia harus mandiri untuk survive. doktor memberi aku option sama ada terminated pregnancy atau giving birth as normal. Aku tak mampu menjawab. Saat itu jua bayiku menendang2. Memberi respon sangat kuat. Aku menangis lagi. Ibu Risau. "Terminated Pregnancy Doktor. Saya Taknak Anak Saya Murung. Emosinya Terganggu" Ibu menjawap. Aku Terpempam. Suami Mengangguk Tanda Setuju. Allah... bantu aku... (Menangis Lagi)



Induce. Paksa bersalin di saat kandungan 7 bulan. cubaan demi cubaan. ubat bukan 1 malah 5biji dalam tempoh seminggu beberapa kali seluk. Sakit sangat-sangat. Pembukaan 1cm dan enclosed. Masih tak berjaya. Selang seminggu cubaan kali yang kedua. 3biji ubat. Masih sama. Doktor hairan. "Bayi taknak beri kerjasama" Ulas doktor pakar. Doktor bertanya sama ada aku masih mahu teruskan terminated apa tidak. Aku dah buat keputusan untuk teruskan kandungan. Perutku mengeras. aku belai perlahan. "Ummi sayang anak ummi, bertahan ya sayang. Jumpa Ummi dulu ya" bisikku. Seakan memahami, bayiku bergerak perlahan.

Semakin hari semakin kuat bayi dalam kandunganku bergerak. Allah nak masa kita bersama tak lama lagi sayang. hari yang dijangka tiba. Overdue. Sekali lagi induce. 3 biji dalam sehari. 1.44am anakku lahir. koyakkan takku hirau. jahitan berjalan aku diamkan. anak syurga ku peluk erat. tangisan sekejap memecah suasana. aku melihat kekurangan pada anakku. kepalanya tak sempurna. menangis tanda bahagia. "Masih hidup lagi ke bayi tu?" tiba-tiba datang 1 nurse bertanyakan pada aku dan suami. Allah! Allah! Kejamnya pertanyaanmu wahai nurse. "Ya masih hidup. kenapa?" kesal. sungguh sakit hati aku.




Sayu. melihat anak terasing dari bayi-bayi yang lain. kerana apa? kamu cacat sayang. Allah pedihnya hati. Saat menulis ini pun sakit masih berbekas dihati. sebak mengenangkan semula. "Tersesak-sesak nafasmu nak. Ummi tak tahan." Pantangku entah kemana. Ku tidur dihospital tak lena mengenangkan anak di sebelah. Susuku melimpah tak di minum. Ku tukar kapas di kepala, ummi lihat otak kecilmu yang tak bertutup, mata yang lebam, mata yang tak mampu kau tutup rapat, air matamu mengalir nak. Tak sampai hati ummi melihat kamu.

         "Ummi tak sampai hati melihat kamu terseksa seperti ini. Ummi redha kalau anak ummi nak menghadap Illahi. Ummi redha nak" bisikku perlahan ditelinganya. (ku sapu air mata)

5.45am. setelah azan subuh berkumandang, aku menyiapkan anakku seperti biasa, sempat jua dia memancut kearahku kerana kesejukkan. aku tersenyum kecil. aku cebok anak syurgaku. Saat aku memperbetulkan kain selimut membaluti tubuhnya, DUM! Kejang! Satu tendangan kuat ke arah basinetnya. "Anak Umi! Kenapa ni?! Allah! Doktor! Doktor! Tolong Saya!" aku panik. aku lambai2 tangan memanggil doktor. Doktor cuba mengambil bantuan pernafasan. Aku mengangkat bayiku. memeluk, menggosok badan belakang. degupan Jantung Naik Turun Mendadak. Anak syurga ku keras kaku dan terkulai dipelukanku.




Aku melihat tubuhnya lemah longlai tiada gerakan. "Maaf, anak puan dah tak ada" Aku tak percaya! aku capai dia, aku peluk. mesin degupan jantung aku masih mengharap adanya denyutan itu. Hampa. 10minit kemudian. Suami aku berdiri dipintu wad. "Anak kita dah tak ada abang. Anak kita tak ada abang" aku peluk bayiku. ku cium perlahan. tubuhku didakap suami. aku lemah. susuku melimpah2 tak kuhirau. anak ku diambil di mandikan pihak forensik dan suami. sayu menyelubungi keluarga. di bawa ke tanah perkuburan. aku diam 1000 bahasa. ibu memelukku. Sakit. bengkak susu. aku pam sambil menangis.

hampr 7 bulan aku murung. taknak tengok mana-mana bayi pun. sakit sangat hati ni. Malah tak mampu melihat bayi anak kakakku sendiri yang lahir bulan selepas meninggalnya anakku. sehingga tak sampai setahun aku disahkan HAMIL sekali lagi. Cukup coretan kali ini. agak panjang. Nanti akan ku sambung lagi. Terima kasih dah luangkan masa.

No comments:

Post a Comment